Wednesday, December 31, 2014

Hanya Sesuap Nasi

Assalammualaikum wbt fellas¬¬hari ini Tahun Baru 2015. Alhamdulillah pagi ni cerah, well, Tahun Baru kan, 2015.Seiring dengan tahun baru, maka umur aku juga secara xrasmi telah beranjak ke angka yang aku kurang minat, tetapi aku harus terima hakikat. Anak Pak Cik Ramlan, tolong sedar...ko dah dewasa, you are not a big girl anymore, you are a woman.Wake Up!! Entah la, selagi aku masih pandang muka mak bapak aku, im still their baby girl haha.tak kisah lah dah berapa pun umur aku. Kadang aku duk fikir, kenapa perangai aku ni sama jeee??aku ni macam tak dewasa la..tak macam orang yang dalam TV tu.haha. Atleast, ada juga azam aku dah capai.cuma aku kena, continue untuk mengekalnya, tak perlu kepoh bagai nak rak pun..slow and steady sudeehhh..plus segala perkara baik itu pastinya tidak akan berlaku tanpa izin-Nya kan?huhu, mukadimah pasal aku pun dah panjang, maaf..

Aku nak cerita sikit, semalam aku baru balik dari Shah Alam, aku ada final exam.Aku dengan siapa lagi, kalau bukan dengan ibu tercinta aku tu.Otw balik, aku terpandangkan beberapa wanita, tak pasti umur berapa, dan xpasti sama ada melayu atau bangsa lain, bertudung labuh, membawa plastik dan bakul meredah jalan besar di atas jambatan kat Shah Alam tu.bukan sorang, 4,5 orang , tapi di tempat berlainan. aku rasa , rmai dah jumpa golongan ni. Cuma yang merisaukan aku, hari dah nak hujan, tapi wanita2 ni masih belegar2 kat jalan raya, semasa traffic light merah, datang ke kereta menunjukkan apa yang ada dalam plastik mereka. aku renung, aku bayang, klau lah aku anak mereka,ibu aku ke jalan raya, bawa bungkusan , bakul, menjaja di jalan raya, pergi pada setiap kereta, dan pemandu kereta dengan angkuhnya, (mungkin) tidak melayan langsung mereka, kalau aku sebagai anak, entah apa aku rasa. Entah perasaan apa yang aku pendamkan jika melihat ibu aku melakukan perkara sebegini demi anak2.

Wahai pemandu yang juga punya ibu bapa, murahnya nilai belas kasihan mu...so cheap! tk berharga.tak kisah la kalau apa yang dia jual tu tak menarik, tapi jatuh ke maruah kau bila menghulur beberapa not untuk wanita tu?kenapa ada mindset sebegini bongkak dalam kalangan kita?aku sedih.aku hnya aku, si budak yg belum tahu masa depannya cerah atau tidak, masih mencari jalan, tapi dalam masa sama, bercita2 untuk mengubah mindset saudara2 ku. besar sungguh cita2 tidak padan dengan pengalaman yng se coet juga pendidikn yang blum boleh dibanggakan. Tapi nilai2 kemanusiaan , tak perlu belajar di sekolah, tak perlu pun nak hidup 100 tahun baru tahu perikemanusiaan. Aku kesal, perkara sebigi kerap aku lihat. sekiranya ada dalam kalangan sahabat aku mengomplen perkara ini, aku akan banyak diam, kerana pastinya aku tk bersetuju, cuma nya aku bukan jenis nak argue whtever pamdangan orang. Thats y aku punya blog, aku boleh freely cerita apa aku rasa, apa aku fikir demi kepentingan bersama.(skema x)

Back to the topic, wanita2 bertudung labuh itu psti sudah tidak punya cara untuk mencari duit lebih untuk menampung keluarga mereka. Ada ketikanya aku fikir, mana pergi suami ?ermm mungkin suaminya juga bekerja, entah sebagai apa.pasti ianya masih tidak mencukupi, untuk tinggal dikawasan bandar seperti di Shah Alam tu kan?Aku tau, terlalu berbaik sangka pun tidak elokkan?takut orang ambil kesempatan. tapi kalau dah sampai sanggup berhujan, apa lagi yang menguatkan diri mereka untuk mencari rezeki kalau tidak sesuap nasi untuk keluarga? Aku tidak berkesempatan untuk membuka tingkap pada traffic light pertama, tapi aku sempat buka untuk traffic light ke tiga. Aku lega, puas, aku gembira, aku mungkin tak dapat tolong banyak, tp aku pasti segembira2 aku, wanita itu pasti lebih gembira.

Aku ingat lagi dizaman kecil aku, asal ke pasar malam, mcm2 peminta sedekah kita jumpa.ada yang takde kaki, ade yang buta..aku akan pandang mereka lama. lalu meminta duit pada abah, dan bila aku sudah memberinya, aku rasa puas, dan tidak lagi rasa bersalah. Dalam zaman moden ni, kita ada banyak saluran yang kita boleh infaqkan harta dan duit kita, betul?ikutlah pada masing2 dengan cara masing2. kadang aku lbh suka , aku yang directly buat perkara itu. bukan tidak percaya dengan sebarang agensi atau ngo, tapi aku lebih puas bila tangan yang ambil itu adalah mereka yang paling memerlukan, dan berlaku depan mata aku.

Oppss...tak sedar aku celoteh panjang2. Aku cuma nak berkongsi perkara yang berlaku, berkongsi pemikiran dan pandangan. Maaf kalau ada pemikiran aku tidak selari dengan pemikiran kamu. Cuma yang aku pasti, mesej yang aku nak sampaikan ni sesuatu yang positif. Take note ye, peringatan untuk diri aku juga.Sekian dari aku, topik yang serius kalah Malaysia Hari Ini. Assalammualaikum wbt

Monday, December 29, 2014

Aku, si pencinta haiwan


Assalammualaikum kawan2 tercinta. Aku nak cerita sikit (actually nak bebel sebenarnya,sapa nk layan, layan lahh hihi).satu perkara yang boleh buat aku rasa macam aku sedih dan dalam masa yg sama  akan menggembirakan aku.mereka ialah makhluk2 comel ciptaan Allah.

Aku tak pasti sejak bila aku sangat cncern tentang haiwan, which is biasanya orang tak ambil port sangat pun kebajikan haiwan ni.Yang aku tau, dulu masa zaman paleolitik aku(90an) aku banyak kali masuk zoo.haha.Seriously best gile dpt jumpa kawan2 kat zoo Negara tu.Aku akan jadi hyper dan teruja setiap kali melihat haiwan2 ni. Nak di jadikan cerita, hidup aku betul2 dikelilingi haiwan masa aku kat Sabah.Alhamdulillah dekat Sabah first time kami sekeluarga dapat duduk rumah yang ada kawasan luas. Ape lagi belakang rumah rumah ayam ada ,kolam itik ada, sangkar burung ada, angsa ada.woohooo…Aku yang feminin ni la (bajet je) yang tolong abah aku buat reban ayam, buat kolam untuk itik2. Serious it was fun..Ade je gambar, tp aku ni penyegan nak publish sini, dengan zaman aku yang tak menutup aurat tu lagi..alaaa budak lagi pun masa tu..drjah 2 or 3 camtu.

So maybe dari situ, aku betul2 rasa sayang kan haiwan.Aku suka tengok anak ayam comel2.1 thing aku tak suka, tahi ayam.bersepah nyeeeeee…im not the one yang bersihkan, alasan aku , aku masih kecik..bukan kecik sangat pun..haha..tapi memang geli laaa nak bersihkan benda2 tu.Aku suka tengok itik berenang, sangat comel.tp mulut dia,ermmmm, asek bunyiiii aje. Haha, tapi takpe meriah sikit kan rumah. Aku nak sangat bela kucing, asal Nampak kucing, hati aku mudah tersentuh..Ada yang datang ke rumah, aku bagi makan,aku belai, tapi aku tak dibenarkan untuk memelihara kucing, sebab adik aku Astma..lama juga aku menahan diri ni, aku nak bela tapi tak dapat. Tapi Alhamdulillah, aku dah habis diploma 4 tahun lepas, aku dah ada a few ‘anak2’ baru.

Sayang aku pada haiwan rasanya hampir tiada batas. Aku tak tau kenapa, jangan tanya aku kenapa..Bagi aku for those yang mencemuh binatang (anjing especially) sangat tak patut. Aku pun pernah kena kejar anjing, hampir nk kena gigit kot. Masa tu zaman kurang bijak aku dulu. Tapi aku tak marah anjing tu, walaupun pada usia 4,5 thun macam tu boleh je aku nak benci anjing sebab dah menakutkan aku. Tapi entah, mungkin aku tau dia hanya seekor binatang yang tidak dikurniakan akal fikiran, maka apa2 mereka buat itu hanya dorongan nafsu dan keinginan mereka shja. Contoh kalau dia lapar, sanggup je dorang curi makanan manusia. Yelah, kalau difikirkan balik, apa aje yang dorang boleh makan. Tapi aku percaya yang Allah itu Ar-Razaq terhadap setiap hambaNya. Plus aku yakin yang makhluk2 Nya dimuka bumi ini hatta seekor anjing itu pasti ad acara mereka berzikir pada Allah swt. Kalau kita hayati kisah Nabi Sulaiman, mmg akan rasa kagum..Bertuah sungguh nabi, mukjizat yang dikurniakan Allah padanya sangat luar biasa , kan?

So, aku mengharap kan ada lebih banyak kesedaran terhadap pentingnya kita mempunyai belas kasihan terhadap haiwan.kadang aku rasa aku dah tak lalu nak tengok kat FB, or any social media, banyak sangat penderaan, kes2 kemalangan haiwan. Aku cepat tersentuh, makanya emosi aku pun tak stabil. Easy kan ?well, aku tak dapat jawapan pun kenapa aku sebigini sekali prihatin terhadap haiwan. Apa yang aku dpt buat, mana2 kucing yang aku jumpa kat tepi jln, kedai makan, aku akan make sure kat tauke kedai makan, kucing tu ada orang punya x.sekiranya tauke kata, xde orang punya, tapi dia mmg bagi makan, aku dah berterima kasih sgt.tp still, kerisauan aku ada. Kalau aku fikir lebih detail, aku rasa aku boleh ada penyakit risau berlebihan haha.. So sekiranya kucing tu takde tuan, maka aku akan ambik, feed them, dan since aku tak dapat jaga dorang , sbb takut rmai2 sgt pun susah, aku akan serahkan pada mak cik2 yang mmg suuuukaaa sgt pada kucing.atleast aku dah urus dorang , jadi dorang look much better kan..xde la mak cik2 tu geli ke ape.

So far, aku dah ada 2 ekor kucing yang mati.dan mereka mati pun dalam jangka masa yang dekat2.2,2  kami tanam di depan rumah kami. InshaaAllah, sekiranya ditakdirkan aku nak jumpa mereka kembali di ‘sana’. Aku xmengharapkan balasan dari mereka, cukup la untuk mereka kenal, aku la yang sayang kan mereka.Kematian mereka tidak aku tangisi, sebab aku dh cuba sedaya upaya aku untuk rawat diorang. Aku hanya menangis bila aku rasa tak mampu nak tengok keadaan lemah diorang.di saat itu, aku berdoa, aku reda kalau nyawa dia diambil dari mereka menahan sakit.Ye, aku sayang mereka.sayang sangat. Tapi mereka juga milik Allah.Memang tiada air mata yang tumpah semasa aku menanam mereka. Sebab aku tau, mereka dah terlepas dari kesakitan mereka.. Aku ni fikir dalam sangat kan.haha..

Baiklah, aku pun rasa aku banyak melalut. Aku harap orang kat luar sana, tolonglah ada rasa prihatin pada haiwan. Haiwan ni bukan nak sangat pun ganggu hidup kita, dia Cuma nak makan. Tk susah kan?kongsi rezeki sama2 pun bukan ada hal sangat.ok, semoga aku juga diberi kekuatan untuk menjadi penyelamat mereka2 yang malang. Sampai disini sahaja celoteh make enon aku.. Assalammualaikum wbt.

Saturday, December 27, 2014

Manusia itu tidak ada yang sempurna, tapi manusialah sebaik2 ciptaanNya

Assalammualaikum u olls semua. ape habaq? 1st of all, aku nak ucap takziah kepada mangsa2 banjir di kebanyakan negeri di negara kita ni. Aku selalu dok bayang, what if aku dalam situasi mereka.kuatkah aku?mampukah aku?akan bangkitkah aku? aku percaya, bahagian aku pula lain. kita manusia ni hanya kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan.Harap ramai anak muda kita turun padang untuk membantu mereka yang dalam musibah. InshaaAllah aku juga akan sertai misi bantuan.

Actually apa aku nak berleter hari ni pasal kesempurnaan. ok, aku difahamkan mnusia ni memang baaaaaaanyaaaakkk peel.orang mcm aku ni actually belum lagi too exposed dalam bergaul, tp still mcm2 orang aku dah jumpa. aku rasa korang pun sama kan?ada sebilangan yang perfectionist ada pula yang ala kadar ada pula yang asal boleh..korang mana satu?ke takda kat kategori aku sebut tadi?? haha, aku rasa aku pun x termasuk dalam kategori2 tu. senang cakap, kita x laaa too perfectionist dalam semua perkara, dan x jugak terlalu ambil asal boleh pada semua perkara. tapi kadang2 aku tak faham, apa kah seorang yg terlalu perfectionist ni fikirkan. maafkan aku sekiranya ada di antara korang perfectionist.bagi aku perfectionist biarlah bertempat. tidak perlu terlalu berlebihan demi menjadi seorang yang terlalu sempurna dimata manusia, while hanya ala kadar untuk pencipta kita.

KESEMPURNAAN itu milik Allah kawan2. kalau sekiranya kita buat sesuatu itu tidak sempurna seperti kita inginkan, tapi kita dah cuba sebaik yang kita boleh, haruslah kita syukuri dan ingat yang memberi kita segala buah fikiran itu adalah Allah swt. so aku nak tekankn pada mereka2 yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan, contoh nak pilih kerja, nak beli barang branded (sempurna jgk kn), nak kelihatan gojezzz, nak pilih pasangan hidup.come on guys, you do not need to be perfect asalkan hati korang dah perfect InshaaAllah, korang akn nmpak cantik, dapat rasa barang yang korang beli wlupun bukan branded tapi bebaloi.lbh kurang mcm tu la..kata lainnya, sentiasa bersyukur, even apa kita kehendaki tu tak seperti yang kita inginkan.

aku boleh je nak celoteh panjang lebar, tapi kang kalah bebelan mak cik2 pulak. aku tanak la di label taraf mak cik2 disebabkan bebelan aku.so dengan itu, marilah kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini, bukan menjadi seorang yang lebih sempurna,,kerana kita xkan pernah jadi sempurna. terima segala kekurangan diri, segala kelemahan diri, belajar tentag diri sendiri.aku pun tengah study diri sendiri ni.haha. ok la u olls, ada masa ada cerita aku update.
Thank you muahhhhh. Assalammualaikum


Tuesday, December 23, 2014

DUGAAN KECIL DUGAAN BESAR

Assalammualaikum u alls..haha, blogger yg ala2 nk tak nak ni muncul kembali.setelah tahun 2011, blogger yg xberapa pndai nk buat blog ni tergerak hati untuk share mcm2 kesah atau share apa2 perkara dgn semua.chewahh, semua la sgt.btw, aku menulis (padahal menaip jer ponnn)  mungkin kerana dah tiba masa aku berkongsi suka duka aku dgn awk2 semua, walaupun kita xkenal, tapi maybe kita boleh bertukar2 pendapat.ada betuiii x??

BTW, mcm aku cakap, well aku type kt atas tu, tajuk pasal DUGAAN.sape dlm dunia ni tak pernah ditimpa dugaan or musibah or rasa mcm 'eeii malangnye nasib aku!' atau 'apalahhhh nasib aku ni'.haha, kalau korang xpernah, aku nak ucap takziah, sbb korang belum berpelung belajar mcm2 perkara melalui dugaan yg datang. aku x pasti apa definisi dugaan besar dugaan kecil, tp aku punya definisi aku sendiri which (korang blh je x stuju dgn definisi aku, nama pun aku yg create maksud item tu sendiri).bg aku dugaan2 kecil ni macam, kena demam, kurang sihat, fail exam, CGPA jatuh dsbgnya. dugaan yg besar ni bagi aku sesuatu perkara yg berlaku, kemudian memberi kesan pada korang dan orang sekeliling. contoh, ahli keluarga meninggal, ahli keluarga sakit, dsbgnya.

tak kira lah sekecil mana dugaan itu, atau sebesar mana pun dugaan itu, sebenarnya ia terjadi pasti sbb..nak tau sebab dia??xpayah laaa.yg korang perlu buat, dekatkan diri pda Allah..fokus kan hati untuk sentiasa mensyukuri even yg jadi pada korang tu benda yg korang paling tak nak sekali dalam hidup korang. aku pun dok struggle lagi, masih mencari2 kehidupan aku yg sebenar..kalau korang sekarang dah capai apa yg korang idamkan, Alhamdulillah, tolong selalu buat solat sunat syukur.kita ni manusia, cepat sangat alpanya. Pantang lalai sikit,,,habisssss....so nasihat aku untuk diri sendiri yang baaaaaanyak kekhilafan ni, tak kira laa apa pun yang datang pada kita, baik mahupun tak baik, telan je. ambik sekalanya secara positif, bermuhasabah kan diri inshaaAllah kita takde la jadi manusia yang kufur nikmat.

Apa2pun 1 benda yang aku rasa macam berharga sangat, aku tak belajar dari ustaz, bukan dari tv dan bukan dari bahan bacaan, tp dari mak bpk aku...Solat Sunat Tolak Bala.Seronok bagi mereka yg sentiasa tunaikan...jeles aku..aku cuba laaaaaaaa,dari dulu dok nk cuba konsisten, tp tanduk byk sgt..Solat Sunat Tolak Bala, memang bagus. tu antara ikhtiar kita supaya kita sentiasa dilindungiNya.Jom laa kita ramai2 buat.. InshaaAllah, ada ganjaran dan khasiatnya.

Ok lah cukup takat ni bebelan aku. Jumpa lagi.. tata

Naluri Seorang Ibu



Assalammualaikum wbt kengkawan sekalian. lately ni aku tengah cuba merajinkan diri utk berbloging bloging ni disebabkan aku rasa ni mcm therapy baru aku (selain window shopping, read novels yg dh lama jugak aku tinggalkan, dengar lagu, etc)

Straight to the point je lah, xpyh pusing byk sgt,,,korang yg ada ibu,,yang pernah ada ibu, korang pernah terfikir x, ibu ni ada 6th sense? aku takde la fikir sampai ibu2 ni ada pancaindera yang ke 6, tp aku yakin seorang ibu itu ada naluri dan instinct mereka tersendiri.sungguhpun tak tepat,tp mungkin hampir2 tepat.

Cth la korang ni actually not in a good mood, banyak bnda korang fikir, pasal kerja laa, pasal duit laa, pasal masa depan la, pasal jodoh la, korang cuba buat mcm biasa, tapi kadang tu time kita tengah cuba buat mcm biasa laaa soalan mcm2 yg keluar. as for me, aku x se obvious tu, aku rasa...well aku rasa laa, aku jnis boleh sorokkan ape2 pun perasaan aku kecuali 1 je, risau.mmg aku tak boleh sorok.tapi kalau takat sedih, takat nak sememeh tu, hahah, aku boleh sorok lagi.cuma yg aku terkejut, haishhh, penuh usaha ni xnak dorang tau (tak baik kan), tapi seorang ibu tu mungkin dapat rasa kotttt anak dia lain mcm wlaupun mungkin anak dia tak tunjuk.

Pasti ada hikmah seorang ibu itu dikurniakan naluri yang kuat. Bagi aku ibu aku adalah yg terbaik.aku rasa korang pun akan kata begitu untuk ibu2 korang kan?bulan depan hari jadi beliau ni...cadang nak buat apa laaa ye.. takpe2 ada masa boleh fikir :)

Tu je celoteh mak enon aku hari ni, menaip sekadar hiburkan hati...Nani nak celoteh lagi, aku on je notebook comel aku ni.ok guys,jumpa lg di entry yg lain.Assalammualaikum

Ps:aku patut study sekarang sebab nk dekat final exam, tp orang mcm aku ni xsah kalau x study last minute.tau dek abah, habess..

Monday, February 7, 2011

blog baru saya~

assalamualaikum..hari ni secara rasminya saya dah ada blog baru..blog yang lama dulu saya dh x guna sbb saya nakkn pembaharuan..lgpon thn lepas x aktif sgt ber blog2 ni..kite tgk tahun ni, mana lah tau, macam2 sy blh cerita n share kat page yg macam ni..:)