Wednesday, December 31, 2014

Hanya Sesuap Nasi

Assalammualaikum wbt fellas¬¬hari ini Tahun Baru 2015. Alhamdulillah pagi ni cerah, well, Tahun Baru kan, 2015.Seiring dengan tahun baru, maka umur aku juga secara xrasmi telah beranjak ke angka yang aku kurang minat, tetapi aku harus terima hakikat. Anak Pak Cik Ramlan, tolong sedar...ko dah dewasa, you are not a big girl anymore, you are a woman.Wake Up!! Entah la, selagi aku masih pandang muka mak bapak aku, im still their baby girl haha.tak kisah lah dah berapa pun umur aku. Kadang aku duk fikir, kenapa perangai aku ni sama jeee??aku ni macam tak dewasa la..tak macam orang yang dalam TV tu.haha. Atleast, ada juga azam aku dah capai.cuma aku kena, continue untuk mengekalnya, tak perlu kepoh bagai nak rak pun..slow and steady sudeehhh..plus segala perkara baik itu pastinya tidak akan berlaku tanpa izin-Nya kan?huhu, mukadimah pasal aku pun dah panjang, maaf..

Aku nak cerita sikit, semalam aku baru balik dari Shah Alam, aku ada final exam.Aku dengan siapa lagi, kalau bukan dengan ibu tercinta aku tu.Otw balik, aku terpandangkan beberapa wanita, tak pasti umur berapa, dan xpasti sama ada melayu atau bangsa lain, bertudung labuh, membawa plastik dan bakul meredah jalan besar di atas jambatan kat Shah Alam tu.bukan sorang, 4,5 orang , tapi di tempat berlainan. aku rasa , rmai dah jumpa golongan ni. Cuma yang merisaukan aku, hari dah nak hujan, tapi wanita2 ni masih belegar2 kat jalan raya, semasa traffic light merah, datang ke kereta menunjukkan apa yang ada dalam plastik mereka. aku renung, aku bayang, klau lah aku anak mereka,ibu aku ke jalan raya, bawa bungkusan , bakul, menjaja di jalan raya, pergi pada setiap kereta, dan pemandu kereta dengan angkuhnya, (mungkin) tidak melayan langsung mereka, kalau aku sebagai anak, entah apa aku rasa. Entah perasaan apa yang aku pendamkan jika melihat ibu aku melakukan perkara sebegini demi anak2.

Wahai pemandu yang juga punya ibu bapa, murahnya nilai belas kasihan mu...so cheap! tk berharga.tak kisah la kalau apa yang dia jual tu tak menarik, tapi jatuh ke maruah kau bila menghulur beberapa not untuk wanita tu?kenapa ada mindset sebegini bongkak dalam kalangan kita?aku sedih.aku hnya aku, si budak yg belum tahu masa depannya cerah atau tidak, masih mencari jalan, tapi dalam masa sama, bercita2 untuk mengubah mindset saudara2 ku. besar sungguh cita2 tidak padan dengan pengalaman yng se coet juga pendidikn yang blum boleh dibanggakan. Tapi nilai2 kemanusiaan , tak perlu belajar di sekolah, tak perlu pun nak hidup 100 tahun baru tahu perikemanusiaan. Aku kesal, perkara sebigi kerap aku lihat. sekiranya ada dalam kalangan sahabat aku mengomplen perkara ini, aku akan banyak diam, kerana pastinya aku tk bersetuju, cuma nya aku bukan jenis nak argue whtever pamdangan orang. Thats y aku punya blog, aku boleh freely cerita apa aku rasa, apa aku fikir demi kepentingan bersama.(skema x)

Back to the topic, wanita2 bertudung labuh itu psti sudah tidak punya cara untuk mencari duit lebih untuk menampung keluarga mereka. Ada ketikanya aku fikir, mana pergi suami ?ermm mungkin suaminya juga bekerja, entah sebagai apa.pasti ianya masih tidak mencukupi, untuk tinggal dikawasan bandar seperti di Shah Alam tu kan?Aku tau, terlalu berbaik sangka pun tidak elokkan?takut orang ambil kesempatan. tapi kalau dah sampai sanggup berhujan, apa lagi yang menguatkan diri mereka untuk mencari rezeki kalau tidak sesuap nasi untuk keluarga? Aku tidak berkesempatan untuk membuka tingkap pada traffic light pertama, tapi aku sempat buka untuk traffic light ke tiga. Aku lega, puas, aku gembira, aku mungkin tak dapat tolong banyak, tp aku pasti segembira2 aku, wanita itu pasti lebih gembira.

Aku ingat lagi dizaman kecil aku, asal ke pasar malam, mcm2 peminta sedekah kita jumpa.ada yang takde kaki, ade yang buta..aku akan pandang mereka lama. lalu meminta duit pada abah, dan bila aku sudah memberinya, aku rasa puas, dan tidak lagi rasa bersalah. Dalam zaman moden ni, kita ada banyak saluran yang kita boleh infaqkan harta dan duit kita, betul?ikutlah pada masing2 dengan cara masing2. kadang aku lbh suka , aku yang directly buat perkara itu. bukan tidak percaya dengan sebarang agensi atau ngo, tapi aku lebih puas bila tangan yang ambil itu adalah mereka yang paling memerlukan, dan berlaku depan mata aku.

Oppss...tak sedar aku celoteh panjang2. Aku cuma nak berkongsi perkara yang berlaku, berkongsi pemikiran dan pandangan. Maaf kalau ada pemikiran aku tidak selari dengan pemikiran kamu. Cuma yang aku pasti, mesej yang aku nak sampaikan ni sesuatu yang positif. Take note ye, peringatan untuk diri aku juga.Sekian dari aku, topik yang serius kalah Malaysia Hari Ini. Assalammualaikum wbt

No comments:

Post a Comment