Monday, December 29, 2014

Aku, si pencinta haiwan


Assalammualaikum kawan2 tercinta. Aku nak cerita sikit (actually nak bebel sebenarnya,sapa nk layan, layan lahh hihi).satu perkara yang boleh buat aku rasa macam aku sedih dan dalam masa yg sama  akan menggembirakan aku.mereka ialah makhluk2 comel ciptaan Allah.

Aku tak pasti sejak bila aku sangat cncern tentang haiwan, which is biasanya orang tak ambil port sangat pun kebajikan haiwan ni.Yang aku tau, dulu masa zaman paleolitik aku(90an) aku banyak kali masuk zoo.haha.Seriously best gile dpt jumpa kawan2 kat zoo Negara tu.Aku akan jadi hyper dan teruja setiap kali melihat haiwan2 ni. Nak di jadikan cerita, hidup aku betul2 dikelilingi haiwan masa aku kat Sabah.Alhamdulillah dekat Sabah first time kami sekeluarga dapat duduk rumah yang ada kawasan luas. Ape lagi belakang rumah rumah ayam ada ,kolam itik ada, sangkar burung ada, angsa ada.woohooo…Aku yang feminin ni la (bajet je) yang tolong abah aku buat reban ayam, buat kolam untuk itik2. Serious it was fun..Ade je gambar, tp aku ni penyegan nak publish sini, dengan zaman aku yang tak menutup aurat tu lagi..alaaa budak lagi pun masa tu..drjah 2 or 3 camtu.

So maybe dari situ, aku betul2 rasa sayang kan haiwan.Aku suka tengok anak ayam comel2.1 thing aku tak suka, tahi ayam.bersepah nyeeeeee…im not the one yang bersihkan, alasan aku , aku masih kecik..bukan kecik sangat pun..haha..tapi memang geli laaa nak bersihkan benda2 tu.Aku suka tengok itik berenang, sangat comel.tp mulut dia,ermmmm, asek bunyiiii aje. Haha, tapi takpe meriah sikit kan rumah. Aku nak sangat bela kucing, asal Nampak kucing, hati aku mudah tersentuh..Ada yang datang ke rumah, aku bagi makan,aku belai, tapi aku tak dibenarkan untuk memelihara kucing, sebab adik aku Astma..lama juga aku menahan diri ni, aku nak bela tapi tak dapat. Tapi Alhamdulillah, aku dah habis diploma 4 tahun lepas, aku dah ada a few ‘anak2’ baru.

Sayang aku pada haiwan rasanya hampir tiada batas. Aku tak tau kenapa, jangan tanya aku kenapa..Bagi aku for those yang mencemuh binatang (anjing especially) sangat tak patut. Aku pun pernah kena kejar anjing, hampir nk kena gigit kot. Masa tu zaman kurang bijak aku dulu. Tapi aku tak marah anjing tu, walaupun pada usia 4,5 thun macam tu boleh je aku nak benci anjing sebab dah menakutkan aku. Tapi entah, mungkin aku tau dia hanya seekor binatang yang tidak dikurniakan akal fikiran, maka apa2 mereka buat itu hanya dorongan nafsu dan keinginan mereka shja. Contoh kalau dia lapar, sanggup je dorang curi makanan manusia. Yelah, kalau difikirkan balik, apa aje yang dorang boleh makan. Tapi aku percaya yang Allah itu Ar-Razaq terhadap setiap hambaNya. Plus aku yakin yang makhluk2 Nya dimuka bumi ini hatta seekor anjing itu pasti ad acara mereka berzikir pada Allah swt. Kalau kita hayati kisah Nabi Sulaiman, mmg akan rasa kagum..Bertuah sungguh nabi, mukjizat yang dikurniakan Allah padanya sangat luar biasa , kan?

So, aku mengharap kan ada lebih banyak kesedaran terhadap pentingnya kita mempunyai belas kasihan terhadap haiwan.kadang aku rasa aku dah tak lalu nak tengok kat FB, or any social media, banyak sangat penderaan, kes2 kemalangan haiwan. Aku cepat tersentuh, makanya emosi aku pun tak stabil. Easy kan ?well, aku tak dapat jawapan pun kenapa aku sebigini sekali prihatin terhadap haiwan. Apa yang aku dpt buat, mana2 kucing yang aku jumpa kat tepi jln, kedai makan, aku akan make sure kat tauke kedai makan, kucing tu ada orang punya x.sekiranya tauke kata, xde orang punya, tapi dia mmg bagi makan, aku dah berterima kasih sgt.tp still, kerisauan aku ada. Kalau aku fikir lebih detail, aku rasa aku boleh ada penyakit risau berlebihan haha.. So sekiranya kucing tu takde tuan, maka aku akan ambik, feed them, dan since aku tak dapat jaga dorang , sbb takut rmai2 sgt pun susah, aku akan serahkan pada mak cik2 yang mmg suuuukaaa sgt pada kucing.atleast aku dah urus dorang , jadi dorang look much better kan..xde la mak cik2 tu geli ke ape.

So far, aku dah ada 2 ekor kucing yang mati.dan mereka mati pun dalam jangka masa yang dekat2.2,2  kami tanam di depan rumah kami. InshaaAllah, sekiranya ditakdirkan aku nak jumpa mereka kembali di ‘sana’. Aku xmengharapkan balasan dari mereka, cukup la untuk mereka kenal, aku la yang sayang kan mereka.Kematian mereka tidak aku tangisi, sebab aku dh cuba sedaya upaya aku untuk rawat diorang. Aku hanya menangis bila aku rasa tak mampu nak tengok keadaan lemah diorang.di saat itu, aku berdoa, aku reda kalau nyawa dia diambil dari mereka menahan sakit.Ye, aku sayang mereka.sayang sangat. Tapi mereka juga milik Allah.Memang tiada air mata yang tumpah semasa aku menanam mereka. Sebab aku tau, mereka dah terlepas dari kesakitan mereka.. Aku ni fikir dalam sangat kan.haha..

Baiklah, aku pun rasa aku banyak melalut. Aku harap orang kat luar sana, tolonglah ada rasa prihatin pada haiwan. Haiwan ni bukan nak sangat pun ganggu hidup kita, dia Cuma nak makan. Tk susah kan?kongsi rezeki sama2 pun bukan ada hal sangat.ok, semoga aku juga diberi kekuatan untuk menjadi penyelamat mereka2 yang malang. Sampai disini sahaja celoteh make enon aku.. Assalammualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment