Saturday, December 27, 2014

Manusia itu tidak ada yang sempurna, tapi manusialah sebaik2 ciptaanNya

Assalammualaikum u olls semua. ape habaq? 1st of all, aku nak ucap takziah kepada mangsa2 banjir di kebanyakan negeri di negara kita ni. Aku selalu dok bayang, what if aku dalam situasi mereka.kuatkah aku?mampukah aku?akan bangkitkah aku? aku percaya, bahagian aku pula lain. kita manusia ni hanya kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan.Harap ramai anak muda kita turun padang untuk membantu mereka yang dalam musibah. InshaaAllah aku juga akan sertai misi bantuan.

Actually apa aku nak berleter hari ni pasal kesempurnaan. ok, aku difahamkan mnusia ni memang baaaaaaanyaaaakkk peel.orang mcm aku ni actually belum lagi too exposed dalam bergaul, tp still mcm2 orang aku dah jumpa. aku rasa korang pun sama kan?ada sebilangan yang perfectionist ada pula yang ala kadar ada pula yang asal boleh..korang mana satu?ke takda kat kategori aku sebut tadi?? haha, aku rasa aku pun x termasuk dalam kategori2 tu. senang cakap, kita x laaa too perfectionist dalam semua perkara, dan x jugak terlalu ambil asal boleh pada semua perkara. tapi kadang2 aku tak faham, apa kah seorang yg terlalu perfectionist ni fikirkan. maafkan aku sekiranya ada di antara korang perfectionist.bagi aku perfectionist biarlah bertempat. tidak perlu terlalu berlebihan demi menjadi seorang yang terlalu sempurna dimata manusia, while hanya ala kadar untuk pencipta kita.

KESEMPURNAAN itu milik Allah kawan2. kalau sekiranya kita buat sesuatu itu tidak sempurna seperti kita inginkan, tapi kita dah cuba sebaik yang kita boleh, haruslah kita syukuri dan ingat yang memberi kita segala buah fikiran itu adalah Allah swt. so aku nak tekankn pada mereka2 yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan, contoh nak pilih kerja, nak beli barang branded (sempurna jgk kn), nak kelihatan gojezzz, nak pilih pasangan hidup.come on guys, you do not need to be perfect asalkan hati korang dah perfect InshaaAllah, korang akn nmpak cantik, dapat rasa barang yang korang beli wlupun bukan branded tapi bebaloi.lbh kurang mcm tu la..kata lainnya, sentiasa bersyukur, even apa kita kehendaki tu tak seperti yang kita inginkan.

aku boleh je nak celoteh panjang lebar, tapi kang kalah bebelan mak cik2 pulak. aku tanak la di label taraf mak cik2 disebabkan bebelan aku.so dengan itu, marilah kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini, bukan menjadi seorang yang lebih sempurna,,kerana kita xkan pernah jadi sempurna. terima segala kekurangan diri, segala kelemahan diri, belajar tentag diri sendiri.aku pun tengah study diri sendiri ni.haha. ok la u olls, ada masa ada cerita aku update.
Thank you muahhhhh. Assalammualaikum


No comments:

Post a Comment